
Ya@st / Yasst ialah klien Twitter ‘cross-platform‘ yang mirip seperti TweetDeck. Kelebihan Yasst berbanding Tweetdeck ialah ia tidak menggunakan Adobe AIR, menjadikannya lebih ringan dan pantas.
Jika anda pernah menggunakan Tweetdeck, anda akan mendapati antaramukanya sama seperti Tweetdeck, tetapi Yasst memiliki sesuatu yg tidak ada pada Tweetdeck iaitu – tab!
Mari kita lihat beberapa fungsi yang terdapat pada Yasst:
- Sokongan banyak tab dan kolum: anda boleh menggunakan tab dan kolum dengan banyak cara, contohnya tab pertama mengandungi ‘tweets’ anda, ‘mentions’ dan DM, tab kedua mengandungi tab yg berkaitan dengan Linux, Open Source dan Ubuntu. Gunakannya dengan bebas!
- Simpanan carian: anda boleh mencari dan menyimpan sesuatu kata kunci dan ikut ‘tweets’ yang berkaitan dengan kata kunci itu secara ‘real-time’
- Tema: Yasst dibina pada platform Qt, tetapi ia tidak kelihatan hodoh kerana disertakan dengan tema-tema yang menarik
- Sokongan senarai (lists) Twitter
- Sokongan API bit.ly
- Boleh menggunakan lebih dari satu akaun Twitter
- Dan, semua ciri-ciri yang patut ada pada klien Twitter
Yasst bukanlah perisian sumber terbuka. Jadi anda hanya boleh memuat turun binari sahaja. Yasst boleh dipasang di Linux, Windows dan Mac OS. Di bawah ialah video Yasst beraksi.
Untuk pengguna Linux, pastikan anda memilik Qt 4.6 supaya Yasst boleh dijalankan tanpa sebarang masalah. Jika anda memilik versi Qt yang lama, anda masih lagi boleh menggunakan Yasst, jalankan fail ‘yasst.sh’ dan bukannya ‘yasst’.
Popularity: 13% [?]
Powered by FOSS | Theme coded by akmalhisyam | Icons by DryIcons | Copyright 2010 - FOSS Malaya
Turpial – Klien Twitter untuk Linux | FOSS Malaya
May 17th, 2010 pada 11:27 pm[...] menarik tentang Turpial ialah ianya ringan dan pantas!. Saya rasakan Turpial lebih ringan dari Yasst. Turpial memiliki dua mod paparan iaitu mod Wide (screenshot di atas) dan juga Compact [...]