WordPress 2.9 “Carmen” Dikeluarkan

Kategori : Web | 1 comment | Tag:

Semalam, pihak pembangun WordPress telah mengeluarkan WordPress 2.9 yang diberi nama kod “Carmen” yang diambil sempena nama seorang vokalis jazz, Carmen McRae. Versi terbaru platform blog percuma dan sumber terbuka ini membawakan pelbagai fungsi menarik yang menyebabkan perkhidmatan Blogger oleh Google kelihatan seperti ayam.

Anda boleh menaiktaraf versi WordPress anda kepada yang terbaru secara automatik melalui panel pentadbir (admin panel) ataupun dengan menggunakan cara manual jika anda mempunyai lebihan masa. Di bawah ialah video yang menunjukkan fungsi-fungsi baru dalam WordPress 2.9

Fungsi baru dalam WordPress 2.9 ialah :

  • Fungsi ‘Trash’: ‘Trash’ ini akan berfungsi seperti ‘Recycle Bin’ di Windows. Jika anda terbuang sesuatu komen atau post, anda boleh mengembalikannya semula.
  • Editor Imej Asas: WordPress 2.9 memiliki editor imej terbina-dalam (built-in). Kini, anda boleh mengubah saiz, ‘crop’ atau ‘flip’ gambar anda dari WordPress.
  • Penambahbaikan Pada Plugin: Kini, anda boleh menaiktaraf banyak plugin serentak. Ia juga akan memastikan plugin yang anda pasang serasi dengan versi WordPress anda.
  • ‘Embed’ Video dengan Mudah: Untuk memasukkan video ke dalam post anda, hanya perlu masukkan URL video tersebut. Laman video yang disokong ialah YouTube, Daily Motion, Blip.tv, Flickr, Hulu, Viddler, Qik, Revision3, Scribd, Google Video, Photobucket, PollDaddy, dan WordPress.tv.

Selain fungsi-fungsi baru yang menarik ini, banyak pembaharuan yang disertakan dalam versi ini. Antaranya ialah SEO yang lebih baik dengan sokongan rel=canonical. Banyak lagi mengenai WordPress 2.9 di laman web mereka.

Popularity: 27% [?]


Satu Komen untuk “WordPress 2.9 “Carmen” Dikeluarkan”


  1. baru nak update!

Komen anda amat berharga, komenlah..

Powered by FOSS | Theme coded by akmalhisyam | Icons by DryIcons | Copyright 2010 - FOSS Malaya

Blogged.my