Ubuntu 9.10 Alpha 6 dikeluarkan

Kategori : Linux, OS | No comment | Tag: , ,

Beberapa hari lepas, Ubuntu 9.10 Alpha 6 yg juga versi Alpha terakhir telah dikeluarkan dan menampilkan beberapa fungsi baru. Ubuntu 9.10 Karmic Koala versi Beta dijangka akan dikeluarkan pada 1 Oktober 2009 manakala versi akhir dikeluarkan pada 29 Oktober 2009.

Dalam versi ini, tiada sebarang perubahan dikenakan kepada antaramuka Ubuntu. Versi baru ini menyaksikan kemunculan “Ubuntu Software Store” bagi menggantikan “Add/Remove Software”. Ramai yang tidak bersetuju dengan nama baru ini kerana perkataan ‘store’ tersebut menggambarkan bahawa perisian yg terdapat di dalamnya ialah perisian komersial.

ubuntu910alpha6

Selain itu, Usplash juga dibuang bagi mengurangkan masa boot dan diganti dengan skrin splash berasaskan X iaitu Xsplash. Lihat video di bawah untuk menyaksikan Xplash beraksi.

Selain dua pembaharuan di atas, GNOME juga dinaiktaraf kepada versi 2.27.91, Kernel linux dinaiktaraf kepada versi 2.6.31-9.29 dan ext4 sebagai filesystem default dan GRUB2 menggantikan GRUB lama. Senarai penuh pembaharuan boleh dilihat di laman Ubuntu.

Anda boleh memuat-turun Ubuntu 9.10 Alpha 6 menggunakan link dibawah:

http://cdimage.ubuntu.com/releases/karmic/alpha-6/ (Ubuntu Desktop, Server, and Netbook Remix)
http://uec-images.ubuntu.com/releases/karmic/alpha-6/ (Ubuntu Server for UEC and EC2)
http://cdimage.ubuntu.com/ports/releases/karmic/alpha-6/ (Ubuntu Desktop for ARM)
http://cdimage.ubuntu.com/kubuntu/releases/karmic/alpha-6/ (Kubuntu Desktop and Netbook)
http://cdimage.ubuntu.com/xubuntu/releases/karmic/alpha-6/ (Xubuntu)
http://cdimage.ubuntu.com/ubuntustudio/releases/karmic/alpha-6/ (UbuntuStudio)
http://cdimage.ubuntu.com/mythbuntu/releases/karmic/alpha-6/ (Mythbuntu)
http://cdimage.ubuntu.com/edubuntu/releases/karmic/alpha-6/ (Edubuntu)

[via Webupd8, Softpedia & Ubuntu]

Popularity: 12% [?]


Tiada komen lagi. Mahu jadi yang pertama?


Komen anda amat berharga, komenlah..

Powered by FOSS | Theme coded by akmalhisyam | Icons by DryIcons | Copyright 2010 - FOSS Malaya

Blogged.my