Tutorial Menggunakan Plugin Octoshape di Linux

Kategori : Linux, Tutorial | 13 comments | Tag: , ,

octoshape

Update: Saya telah mengemaskini semula artikel ini kerana saya dapati artikel lama sukar untuk diikuti, maaf :(

Jika anda seorang kaki radio, anda pasti tahu bahawa kebanyakan stesen radio menyediakan perkhidmatan untuk mendengar secara online. Stesen radio yang terkenal di Malaysia seperti Fly Fm dan Hot Fm turut menyediakan perkhidmatan ini.

Baru-baru ini (dah lama dah sebenarnya) mereka telah menukar cara mereka ‘stream’ siaran radio mereka, dari menggunakan ShoutCast Radio kepada Octoshape. Dengan ShoutCast, adalah amat mudah untuk pengguna mendengar radio tersebut secara online, hanya perlu salin URL dan mainkan di mana-mana pemain audio, tetapi servis baru mereka yang menggunakan Octoshape ini amat menjengkelkan.

Di Windows, anda hanya perlu install plugin Octoshape, buka laman web radio yg anda ingin dengar dan anda sudah boleh membuang radio konvensional anda. Tetapi di linux, cara menggunakan plugin Octoshape amat berbeza. Di sini saya ingin berkongsi cara-cara untuk mendengar Fly Fm dan Hot Fm di Linux (dan juga radio-radio lain yang menggunakan Octoshape).

1. Muat turun dan install plugin Octoshape.
Muat turun plugin Octoshape, chmod +x plugin tersebut dan jalankan ia.

wget http://www.octoshape.com/files/octosetup-linux_i386.bin
chmod +x octosetup-linux_i386.bin
./octosetup-linux_i386.bin

2. Dengar radio!
Untuk mendengar radio kegemaran anda, jalankan arahan di bawah di Terminal :-

cd octoshape
./OctoshapeClient -url:url.radio

URL bagi radio Hot Fm ialah : mpb.hotfm.mp3.high
URL bagi radio Fly Fm ialah : mpb.flyfm.mp3.high

Octoshape akan memainkan radio tersebut menggunakan Mplayer, jadi anda perlu memasangnya. Jika anda ingin menggunakan pemain lain, anda boleh rujuk Octoshape Linux FAQ.

Okeh, sekarang anda boleh dengar Fly Fm dan Hot Fm secara online di Linux dan juga mana-mana audio stream yang menggunakan Octoshape. Walaupun Octoshape ini agak menjengkelkan, tetapi kualiti audionya dalah lebih baik dari berbanding dengan semasa Fly Fm dan Hot Fm masih menggunakan Shoutcast. Saya juga boleh mendengar radio dengan lancar tanpa sebarang gangguan walaupun menggunakan Streamyx 512kbps.

Popularity: 66% [?]


13 Komen untuk “Tutorial Menggunakan Plugin Octoshape di Linux”


  1. yayy~ boleh dengar hotfm dah pasnie. Huhu.

  2. @aman: haha..betul3..

  3. aisehh bro..
    mcmana nak install; nih?? nak kena g kat terminal ke trus gi website nih
    http://www.octoshape.com/files/octosetup-linux_i386.bin ??

    sy br jer pakai OS linux ni…tulunng bro

  4. @aiza : mula2 donlod dulu dari website octoshape tu..pastu baru guna terminal..sori sbb tutorial saya x jelas..

  5. dah download..pastu mcmcna?
    g kat terminal then type sudo-install hmod +x octosetup-linux_i386.bin ke?

  6. letak file yg download td kat folder home..
    pastu bukak terminal > chmod +x octosetup-linux_i386.bin
    pastu kat terminal gak > ./octosetup-linux_i386.bin

    ok..siap dah install..

  7. i tried, but error on the last part…

    # OctoshapeClient: command not found

  8. first, you need to change directory (cd) to the folder where octoshape is located..
    then, run the command again…

  9. kenapa masokis dah install ..tapi x kuar bunyi pun?

  10. @MASOKIS: kadang2 kena tggu kejap..
    bagi dye buffer dulu..pastu baru boleh play..
    lkalau xleh gak cbe lain kali..server busy kot :)

  11. @FOSS malaya
    Wak la post ttg local product plak..
    oshirix..simplelinux..xanadu..dan mcm2 lagi..

  12. mo tau url link untuk hitzfm?

  13. thankkkss bro….
    tp mmg dy play dlm terminal ehh??

Komen anda amat berharga, komenlah..

Powered by FOSS | Theme coded by akmalhisyam | Icons by DryIcons | Copyright 2010 - FOSS Malaya

Blogged.my