
Turpial ialah klien twitter untuk Linux yang agak menarik. Sebelum ini, klien ini hanya pandai berbahasa Sepanyol, tetapi versi terbaru (1.3.2 alpha 1) akhirnya boleh bertutur dalam banyak bahasa antaranya Inggeris, Cina, Perancis, Jerman dan Itali.
Turpial memiliki semua fungsi yang sepatutnya ada pada klien Twitter. Perkara yang paling menarik tentang Turpial ialah ianya ringan dan pantas!. Saya rasakan Turpial lebih ringan dari Yasst. Turpial memiliki dua mod paparan iaitu mod Wide (screenshot di atas) dan juga Compact :

Untuk memasang Turpial di Ubuntu, tambah PPA turpial dengan menjalankan arahan di bawah :
sudo add-apt-repository ppa:effie-jayx/turpial-devel
Kemudian update dan install :
sudo apt-get update && sudo apt-get install turpial
Selamat mencuba!
Tahukah anda Turpial itu adalah sejenis burung? Akmal baru tau!
Popularity: 47% [?]
Powered by FOSS | Theme coded by akmalhisyam | Icons by DryIcons | Copyright 2010 - FOSS Malaya
arynet
May 15th, 2010 pada 1:16 pmwaa.. dah cuba. mmg ringanlah. laju je twit hehe.
Syafrizal
May 15th, 2010 pada 5:52 pmmacam menarik je…
kalau adobe air lambat gila…
FOSS Malaya
May 15th, 2010 pada 6:48 pm@syafrizal: betul tu..contohnya mcm tweetdeck..mmg canggih tapi berat..
@arynet: hehe..best kan?
Frantz-Senpai
May 16th, 2010 pada 6:04 pmsusah sket pakai gwibber.. ni jadik penyelamat tweet.. huhu
shira
May 16th, 2010 pada 6:57 pmdah cuba dah… tp sama je lembap mcm dulu???
FOSS Malaya
May 17th, 2010 pada 10:42 pm@Frantz-Senpai: hehe..aku x suke sgt gwibber..
@shira: err..ape yg lembab?
empatbelas.
May 23rd, 2010 pada 8:49 amgile bnyk tweet aku .hahah
aman
May 25th, 2010 pada 6:07 pmselama nie try twittux jer. pasnie leh try nie ar kot. hoho~
Anarm
May 26th, 2010 pada 1:29 amkene try nih..