
Para pembangun Mozilla telah mengumumkan pengeluaran klien email percuma dan sumber terbuka Thunderbird versi 2.0.0.22 dengan peningkatan keselamatan dan kestabilan. Sebanyak 7 kelemahan dalam versi sebelumnya telah dibaiki dalam versi ini.
Antara kelemahan yang telah dibaiki dalam versi ini ialah masalah crash apabila membuka mesej ‘multipart/alternative’ yang mengandungi seksyen ‘text/enhanced’. Selain itu, beberapa kelemahan berkaitan dengan JavaScript turut dibaiki. Namun Mozilla menyatakan bahawa kelemahan ini tidaklah terlalu kritikal kerana JavaScript tidak diaktifkan secara default di dalam Thunderbird.
Maklumat lanjut mengenai naik taraf ini boleh dibaca di nota pengeluaran mereka dan muat turun disediakan untuk platform Windows, Linux dan Mac OS X.
Popularity: 8% [?]
Powered by FOSS | Theme coded by akmalhisyam | Icons by DryIcons | Copyright 2010 - FOSS Malaya
Tiada komen lagi. Mahu jadi yang pertama?
Komen anda amat berharga, komenlah..