Apa harus dilakukan setelah pasang Ubuntu 10.04?

Kategori : Linux, Perisian | 16 comments | Tag: ,

Sudah pasang Ubuntu 10.04 di PC anda? Tahniah! Anda telah membuat pilihan yang bijak. Selepas selesai proses pemasangan, terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan untuk menjadikan Ubuntu sebuah OS yang seronok digunakan.

Antara perkara yang perlu dilakukan ialah memasang codec untuk memainkan video dan plugin seperti Flash dan Java, memasang perisian-perisian untuk memudahkan kerja dan menambah repository tambahan untuk memasang aplikasi yang tidak terdapat dalam repsitory Ubuntu.

Melakukan semua perkara tadi secara manual agak sukar bagi pengguna baru tetapi ianya satu subjek yang harus dipelajari. Namun begitu, terdapat juga mereka yang masih tidak mahu melakukannya secara manual dan mengatakan bahawa Linux itu sukar, tidak sesuai untuk mereka dan untuk geek sahaja (padahal Ubuntu adalah distro Linux paling mesra pengguna).

Memikirkan masalah tersebut, penulis blog WebUpd8, Andrew telah membuat satu skrip menggunakan bash untuk memudahkan proses ini. Skrip ini akan membantu anda untuk melakukan perkara berikut :

  • Mengubahsuai (tweak) Ubuntu 10.04 supaya lebih mesra pengguna antaranya mengubah kedudukan butang tetingkap ke bahagian kanan.
  • Menambah repository tambahan GetDeb, Medibuntu dan lain-lain
  • Memberi pilihan untuk anda memasang beberapa aplikasi yang penting dan juga tema-tema komuniti

Senarai penuh fungsi dan ciri-ciri skrip ini boleh dilihat di SINI.

Pemasangan dan Penggunaan


Untuk memasang dan menggunakan skrip ini, taip (atau copy & paste) arahan di bawah di terminal :

sudo apt-get install zenity
wget http://launchpad.net/ubuntustart/0.4.x/0.4.8/+download/ubuntu-10.04-start-0.4.8.5.tar.gz
tar -xvf ubuntu-10.04-start-0.4.8.5.tar.gz
cd ubuntu-10.04-start/
sudo ./ubuntu-10.04-script

Popularity: 73% [?]


16 Komen untuk “Apa harus dilakukan setelah pasang Ubuntu 10.04?”


  1. Bila la ada masa nak godek Ubuntu baru ni. Nak kene beli PC baru camni :)

  2. @syafrizal: xpe..satu hari nnt dpt la cuba..kalau saja nak cuba2 boleh main kat virtualbox dulu :)

  3. haha. Aku rasa macam tak ada beza pun versi 9.10 dengan versi 10.04.

    Perisian penting macam pemain media, kotak ritma, masih juga versi sama. Tidak ada perubahan.

    Aku sentiasa berharap versi baru pemain media totem dirilis. Sudah bosan melihat antara muka pemain media totem yang sama. Masih belum menyokong fungsi ‘genggam dan lepas’

    Dari segi multi media, Jendela dan Mac sentiasa jauh ke depan.

  4. @sophon:mungkin benar kata saudara..tp saya x guna pun totem dan rythmbox..baik guna vlc atau mplayer..genggam dan lepas? maksud saudara drag and drop? x silap saya totem boleh drag and drop..

    untuk pemain audio pula saya gunakan Banshee..puas hati!

    sebenarnya banyak juga perubahan dlm lucid..me menu, warna tema, kedudukan butang tetingkap, software center yg lebih canggih, pitivi…

    tapi aplikasi default dlm ubuntu mmg x berapa best.. :P

  5. Tengah mencuba banshee. Memang sedap..:D

  6. kalau pakai Ubuntu (atau distro2 laen), tak rasa berdosa.. kalau pakai windows, OS tuh haram sebab pirate.. hehe

  7. berjaya juga akmalhisyam mengtranslate dalam bahasa melayu dalm script ni, gud job dude. by the way, ada tak menghadapi masalah ke apa apa dalam install script ni.?

  8. @maizuddin35: ada la sikit masalah kot..untuk tweak mount drive ntfs secara automatik tu saya x dpt buat..

  9. saya pernah try guna sebelum ini, dan masa buat yang berkenaan mounting drive tu, tiba tiba ada keluar drive lebih , apa masalah ye.?

  10. @maizuddin35: drive lebih? xtau r..tweak tu sepatutnya buat drive NTFS akan mount secara automatic masa startup..

  11. Bagaimana nak remove bila dah install script ni?

  12. kalau dah pasang nak connect internet xboleh..boleh tolong tak??saya guna modem CSL 3.5G..celcom broadband..baru lagi dalam nak godek dunia linux nih…^_^

  13. baru dapat cd dari belanda tu hari ni. tak sabar rasanya

  14. @bdk Skema. CSL salah satu modem yang anti-linux kat malaysia ni, tapi kita still boleh buat, tapi kene ada usaha sikit. saya pun mengalami masalah yang sama. tapi tengah cari jalan untuk bende ni

  15. @bdk skema: cuba install usb-modeswith..cari kat synaptic..insya Allah bleh..

  16. saya nak tanya kegunaan virtual box tu mcm mna?kemudian saya baru j install ubuntu 10.04,kenapa dia xdetect grafik card ATI saya dan juga web cam internal?mcam mna saya nk selesaikan masalah ini.

Komen anda amat berharga, komenlah..

Powered by FOSS | Theme coded by akmalhisyam | Icons by DryIcons | Copyright 2010 - FOSS Malaya

Blogged.my