Multiget – pengurus muat turun untuk linux

Kategori : Perisian, Tutorial | 6 comments | Tag: ,

Sepanjang saya menggunakan linux, saya belum pernah terjumpa dengan perisian pengurus muat turun (download manager) percuma dan sumber terbuka yang berjaya menarik perhatian saya. Baru-baru ini, saya terbaca mengenai perisian Multiget di blog mypapit dan setelah mencubanya, saya mendapati ia adalah pengurus muat turun terbaik untuk linux!

multiGet

Dengan Multiget, anda boleh menyambung semula proses muat turun anda yang terganggu, memberhentikan sebentar proses muat turun anda dan menambahkan kelajuan muat turun anda dengan membuat banyak sambungan ke pelayan. Antaramuka Multiget mirip kepada FlashGet yang sering saya gunakan di Windows satu ketika dahulu.

Bagaimana untuk mengintegrasikan Multiget dengan FlashGot? [credit to Chox's Blog]

Jika anda seorang pengguna tegar Mozilla Firefox, anda pasti pernah terdengar mengenai FlashGot. FlashGot ialah Add-on Firefox untuk mengintegrasikan pengurus muat turun anda dengan pelayar Firefox. Tetapi Multiget tidak termasuk dalam senarai pengurus muat turun yang disokong.

Berikut ialah langkah-langkah utk mengintegrasikannya :-

1. Setelah anda memasang FlashGot pada Firefox, pergi ke Tools > FlashGot > More Options.
2. Pada tab ‘General’ tekan butang ‘Add’.
3. Masukkan nama pengurus muat turun (MultiGet) dan cari executable MultiGet di usr/bin/multiget.
4. Pada kotak ‘Command line argument template’, masukkan template seperti di bawah :-

[url=URL] [refer=REFERER]

5. Tekan ‘OK’ dan FlashGot kini boleh digunakan dengan MultiGet!

Jika anda menggunakan Ubuntu, Multiget sudah tersedia di dalam repositories dan anda boleh memasangnya dengan menjalankan arahan di bawah :-

sudo apt-get install multiget

Sila ke laman rasmi Multiget untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perisian ini dan muat turun kod sumber serta ‘Installer’ bagi platform lain.

Popularity: 29% [?]


6 Komen untuk “Multiget – pengurus muat turun untuk linux”


  1. dah leh jadi antoo donlot ar pasnie. haha

  2. @aman:haha..btol..seronok sikit donlod ada donlod manager ni..

  3. Salam..

    Maaf lah,
    Rase cam dh terlewat sgt nak post komen kat sini..

    BP

    Erm…
    Lately saye ade try program downloader AXEL..
    Paling laju antra yg terlaju…
    He he he…

    Tunggu sampai terminal close sendri then browse kat folder home..

    He he..

  4. @zariman: yah..axel mmg agak laju..tp skarang ni saya lebih selesa menggunakan addon DownThemAll! untuk firefox sbg downlaod manager :)

  5. Erm.. Nak try lah…

    Laju ke download lau guna DownThemAll tu??

    Saya gune Axell, dgn streamyx 1mbs, lau download 5mb tu dlm <10 saat je..

    He he he…

  6. @zariman: mungkin axel lagi laju kot dari DTA :D

Komen anda amat berharga, komenlah..

Powered by FOSS | Theme coded by akmalhisyam | Icons by DryIcons | Copyright 2010 - FOSS Malaya

Blogged.my