Pasang Menu Linux Mint (MintMenu) di Ubuntu

Kategori : Linux, Perisian | 4 comments | Tag: ,

Pernah guna Linux Mint? Jika pernah, anda pasti perasan bahawa menunya lain sedikit dari menu Ubuntu. Saya lebih suka menu ini (MintMenu) kerana ia nampak kemas dan lebih canggih. Tahukah anda MintMenu juga boleh dipasang di Ubuntu? Saya akan tunjukkan bagaimana.

MintMenu pada asalnya adalah modifikasi Slab (sejenis menu juga). Tetapi MintMenu lebih kemas. Untuk memasang MintMenu di Ubuntu, anda boleh gunakan PPA yang dibuat oleh pemilik WebUpd8.

Langkah 1 : Tambah PPA MIntMenu WebUpd8 ke senarai repository

sudo add-apt-repository ppa:webupd8team/mintmenu

Langkah 2 : Update senarai repository

sudo apt-get update

Langkah 3 : Install MintMenu

sudo apt-get install mintmenu

Langkah 4 : Tambahkan MintMenu ke panel
Setelah selesai memasang MintMenu, anda boleh menggunakannya dengan menambahkannya ke panel. Klik kanan pada panel dan pilih “Add to Panel”. Kemudian pilih “mintMenu” dari senarai dan tekan “Add”. Jika mintMenu tiada dalam senarai, cuba logout dan login semula, kemudian cuba lihat balik senarai tadi.

Selamat mencuba!

Popularity: 25% [?]


4 Komen untuk “Pasang Menu Linux Mint (MintMenu) di Ubuntu”


  1. secara kasar, sy lagi suka mint sebab dah install dah sume codec dan plugin. Sesuai lah kalau orang nak cepat install semua skali kan. GIMP dalam isadora pun dah pre-installed. So, keje jadik senang. Kan bagus kalau ader blog MelayuMint.blogspot.com

  2. @Frantz-Senpai: saya pun suka guna mint..
    banyak application yg dah ada siap :)

  3. sy ah download…heee

  4. emm..
    best menu mint buat jd kemas…
    mmg best mint,,,tp kalau dari community lg bagus ubuntu…
    byk support dari community…
    walaupun mint dari ubuntu…byk yg mint xblh nak guna,,,macam kat getded,playdeb,
    pastu update agak lambat dah xda server dari malaysia…

    kalau ada silap..tolong bgtau….
    maklum la dok tempat xda tenet… :)

Komen anda amat berharga, komenlah..

Powered by FOSS | Theme coded by akmalhisyam | Icons by DryIcons | Copyright 2010 - FOSS Malaya

Blogged.my