Malware Tersembunyi dalam Screensaver di GNOME-Look

Kategori : Linux | No comment | Tag: , ,

linux-pwned

Seorang pengguna Ubuntu di Ubuntuforums telah menemui malware tersembunyi dalam fail .deb yang dimuat turun dari GNOME-Look. Fail yang disangkakan sebagai ‘screensaver’ itu sebenarnya mengandungi ‘malware’ untuk menjadikan komputer yang dijangkiti sebagai bot untuk menjalankan serangan DDOS.

Apabila dipasang di komputer mangsa, ia memuat turun fail-fail jahat dari laman tertentu dan akan menjalankan arahan ‘ping -s 65507 www.mmowned.com‘ setiap kali mangsa ‘log in’ ke PC mereka. Insiden ini telah dilaporkan kepada GNOME-Look dan fail tersebut telah dihapuskan.

Kesimpulannya, sebarang fail .deb yang dimuat turun dari mana-mana laman web haruslah dianalisis dahulu sebelum dipasang. Mungkin pada masa akan datang, malware untuk Linux bukan sahaja mampu melakukan serangan DDOS, malah boleh menjangkiti pendrive, menghapuskan fail-fail penting ataupun menjangkiti fail ‘executables’ yang lain. Tiada sistem yang selamat di dunia ini. Yang ada cuma sistem yang lebih selamat dari yang lain.

Bagi mereka yang telah terkena malware di atas, rujuk THREAD INI untuk langkah-langkah pembuangan.

sumber:OMGUbuntu

Popularity: 14% [?]


Tiada komen lagi. Mahu jadi yang pertama?


Komen anda amat berharga, komenlah..

Powered by FOSS | Theme coded by akmalhisyam | Icons by DryIcons | Copyright 2010 - FOSS Malaya

Blogged.my