Pada pendapat saya, tidak berbaloi menggunakan perisian yang berat dan menggunakan banyak sumber untuk mendengar lagu. Mungkin perisian itu mempunyai antaramuka yang cantik dan banyak fungsi, tetapi bukan semua fungsi itu akan digunakan.
Oleh itu, saya menggunakan MOC untuk mendengar lagu-lagu kegemaran. MOC (Music on Console) ialah pemain audio untuk OS percuma dan sumber terbuka, Linux yang dijalankan pada Terminal (maaf ya, hanya untuk Linux). Perisian ini amatlah ringan dan sesuai untuk komputer yang agak berusia.
Bagi pengguna distro yang berasaskan Debian, anda boleh tambahkan repositories ini pada sources.list -
deb http://www.lxtec.de/debarchiv unstable main
deb-src http://www.lxtec.de/debarchiv unstable main
Kemudian jalankan arahan
sudo apt-get update && sudo apt-get install moc
Walaupun MOC sudah sedia ada pada repositories asal, digalakkan menggunakan repositories di atas kerana ia sering dikemaskini.
Bagi distro lain anda boleh dapatkan arahan pemasangan di laman rasmi MOC. MOC adalah percuma.
Untuk memulakan MOC, taipkan “mocp” di terminal dan tekan “enter”. Anda akan melihat paparan seperti di bawah.

Di sebelah kiri ialah kolum untuk ‘file browser’ manakala di sebelah kanan ialah kolum untuk ‘playlist’.
Kawalan dalam MOC :
mocp” semula untuk buka antaramuka konsol)Lebih banyak arahan penggunaan MOC boleh didapati dengan menjalankan arahan “man mocp”
Selamat mencuba!
Popularity: 27% [?]
Powered by FOSS | Theme coded by akmalhisyam | Icons by DryIcons | Copyright 2010 - FOSS Malaya
denaihati
May 28th, 2009 pada 3:01 amILMU yang bagus ni terutama aku yang baru merangkak dalam dunia blog ni
suhbah
February 15th, 2010 pada 1:08 pmboleh guna ubuntu 9.10 tak… macam mana caranya yer nak install
FOSS Malaya
February 15th, 2010 pada 9:47 pm@suhbah: boleh..
pergi ke “Synaptic Package Manager”, kemudian pergi ke “settings > repositories” kemudian klik tab “Third Party” kemudian klik “Add” kat bawah. Pastu masukkan line dibwah satu per satu :
deb http://www.lxtec.de/debarchiv unstable maindeb-src http://www.lxtec.de/debarchiv unstable main