
Lubuntu adalah satu lagi distro linux berasaskan Ubuntu. Beza Lubuntu dengan Ubuntu ialah ia menggunakan LXDE (Lightweight X11 Desktop Environment) yang ringan dan pantas (lebih ringan dari XFCE!).
Masa saya mula-mula menggunakan Ubuntu, Lubuntu masih belum wujud. Tetapi LXDE boleh dipasang pada Ubuntu untuk menggantikan GNOME. Saya menggunakan LXDE kerana PC yang saya gunakan pada waktu itu amat kuno. Hasilnya, PC saya yang kuno terasa seperti baru. XFCE (Xubuntu) juga tidak sepantas LXDE.
Dalam Lubuntu 10.04 Alpha 3, 4 aplikasi telah ditetapkan sebagai default – Chromium untuk pelayar web, GNOME-Mplayer sebagai pemain media, Network Manager sebagai pengurus sambungan dan PCManfm2 sebagai pengurus fail.
- Skrin login Lubuntu 10.04 Alpha 3

- Desktop Lubuntu dengan wajah panel yang baru

- Menggunakan tema Clearlooks dengan ikon Elementary Monochrome
![]()
- PCManfm2 sebagai pengurus fail default (kini dengan fungsi trash!)

- Chromium sebagai pelayar web

- Antaramuka Lubuntu Netbook Session (boleh dipilih pada skrin login). Mirip EeePC.

Kredit: WebUpd8, OMGUbuntu!
Popularity: 39% [?]
Powered by FOSS | Theme coded by akmalhisyam | Icons by DryIcons | Copyright 2010 - FOSS Malaya
suhz
March 8th, 2010 pada 12:04 pmwaw. gui dia smart gak.. abis la xubuntu camni.. kah3
Garfield
March 10th, 2010 pada 1:21 amI’ve been waiting for LDXE to be official in Ubuntu release damn long already!
it is a very good news.
anyway, @suhz
Xubuntu xkan hilang, sebab banyak component dalam LXDE masih lagi dependent dgn component XFCE
TMUkmkd
March 14th, 2010 pada 11:48 amakhirnya LXDE dimasukkan dalam distro Ubuntu
aku 1st time guna LXDE masa guna Knoppix baru
Syafrizal
March 18th, 2010 pada 12:08 pmMacam best je Lubuntu ni hehe. Makin ringan la kalau guna PC lama. Jadi takde sebab nak buang PC-PC lama kerana Lubuntu sudah ada haha.
adib
March 20th, 2010 pada 11:00 ambagus bagus. boleh try dekat laptop2 yang lamo2 tu
FOSS Malaya
March 21st, 2010 pada 7:04 am@semua: terima kasih semua sebab komen! komen2 koranglah yang buat aku rasa nak terus menulis kat sini.
masa aku mula2 guna LXDE aku mmg berharap Ubuntu akan buat Lubuntu..
LXDE best sebab ringan. nanti aku nak cuba kat Dell Inspiron 2650 aku..
dz
March 27th, 2010 pada 8:28 amem..kalau pakai lubuntu ni blh ka guna smua yg ada dalam ubuntu biasa?
maaf bertanya…xtau sangat berkenaan DE lain…dah terbiasa dengan gnome kat ubuntu….
FOSS Malaya
April 7th, 2010 pada 6:29 am@dz: sepatutnya boleh..tp default application dlm ubuntu dengan lubuntu berbeza..