Linux Mint 8 “Helena” Dikeluarkan

Kategori : Linux | 4 comments | Tag: ,

linux-mint-8-helena-fossmalaya

Linux Mint, distro linux yang berasaskan Ubuntu kini telah mencapai versi 8 dengan nama kod “Helena“. Versi baru ini dibina berasaskan Ubuntu 9.10, Linux 2.6.31, Gnome 2.28 dan Xorg 7.4. Banyak pembaharuan telah dilakukan dalam versi baru ini.

Antara penambahbaikan yang ketara dalam versi ini ialah pemasangan OEM, kedudukan menu yang boleh diubah, ‘multiple selection’ di Software Manager dan File Uploader baru di ‘system tray’ dengan sokongan ‘drag and drop’ serta muat naik banyak fail sekaligus.

Anda boleh baca penerangan penuh mengenai pembaharuan dalam Linux Mint 8 di SINI.

Linux Mint ialah distro yang menarik dan saya lebih menyukainya berbanding Ubuntu. Mungkin kerana ianya berwarna hijau dan terdapat beberapa plugin dan aplikasi yang telah sedia diapsang seperti gstreamer dan Compiz. Anda boleh memuat turun fail ISO bagi distro ini di laman rasmi Linux Mint.

Popularity: 35% [?]


4 Komen untuk “Linux Mint 8 “Helena” Dikeluarkan”


  1. Nampak teruja tengok Linux Mint 8 ni…yang best boleh muat turun files sekaligus. Kali pertama ubuntu 9.10 rasa heran kenapa dia muat turun satu dan yang kedua agak perlahan atau kena tunggu yang pertama download habis dulu. Masalah sekarang selepas try suse 11.2 , pclinuxos dan tak ingat dah!! :) saya install balik karmic koala dan rasa-rasa Linux mint 8 lambat lah nak try. Penat install menginstall ni…stick to ubuntu 9.10 je la buat seketika …..:)

  2. ubuntu 9.10 pun best gak..llinux mint 8 ni pun based on ubuntu 9.10.. :)

  3. hmm Linux Mint 7 bru je ak dload dah kuar bru..
    mint 7 pon ok gak ak gne kat VB ak hoho

  4. apa2 hal.. nak test dulu dekat Sun xVM..x yah restart PC.. muahaha

Komen anda amat berharga, komenlah..

Powered by FOSS | Theme coded by akmalhisyam | Icons by DryIcons | Copyright 2010 - FOSS Malaya

Blogged.my