
Di panel default Ubuntu, senarai tetingkap aplikasi yang dibuka akan dipaparkan dengan nama serta ikon aplikasi tersebut. Dengan DockbarX, aplikasi yang dibuka akan dipaparkan dengan ikon sahaja (macam Windows7). Ini boleh menjimatkan ruang di panel anda supaya nampak lebih minimalis dan kemas.
Untuk memasang DockbarX di Ubuntu anda, tambahkan PPA DockbarX melalui arahan di bawah :-
Ubuntu 9.10:
sudo add-apt-repository ppa:dockbar-main/ppa
Ubuntu < 9.10:
sudo sh -c "echo 'deb http://ppa.launchpad.net/dockbar-main/ppa/ubuntu NAMA_VERSI_UBUNTU_ANDA main' >> /etc/apt/sources.list"
sudo apt-key adv --keyserver keyserver.ubuntu.com --recv-keys 38BD81CA
Kemudian, install DockbarX melalui arahan di bawah:
sudo apt-get update && sudo apt-get install dockbarx
Setelah siap proses instalasi, klik-kanan pada panel anda dan pilih “Add to Panel…”. Kemudian, pilih “DockbarX Applet”. Applet DockbarX kini sudah berada di panel anda, applet “Windows List” yang lama bolehlah dibuang.
Sebelum:

arghh! serabutnya!
Selepas:

Haa, macam ni baru kemas..
Popularity: 1% [?]
Powered by FOSS | Theme coded by akmalhisyam | Icons by DryIcons | Copyright 2010 - FOSS Malaya
Talika kini menyokong previu tetingkap | FOSS Malaya
April 24th, 2010 pada 12:32 pm[...] ialah applet panel yang sama seperti DockbarX. Talika menjimatkan ruang di panel anda dengan menggunakan ikon untuk menunjukkan tetingkap yang [...]