
Buat masa ini, mungkin mustahil untuk menjalankan aplikasi Android pada Ubuntu. Tetapi Canonical (Ubuntu) sedang berusaha untuk membina satu perisian yang membolehkan ia dilakukan.
Walaupun Android dibina berasaskan kernel Linux, semua aplikasi di dalamnya dijalankan di atas runtime Java yang tersendiri. Jadi ianya mustahil untuk terus menjalankan aplikasi Android pada Linux dan sebaliknya.
Pembangunan projek ini masih lagi dalam peringkat permulaan. Paparan di atas (diambil dari Scott James Remnant) yang menunjukkan aplikasi Android dijalankan pada Ubuntu Netbook Remix menandakan terdapat kemungkinan bahawa projek ini akan berjaya.
Via Download Squad
Popularity: 4% [?]
Powered by FOSS | Theme coded by akmalhisyam | Icons by DryIcons | Copyright 2010 - FOSS Malaya
Tiada komen lagi. Mahu jadi yang pertama?
Komen anda amat berharga, komenlah..