Geany – IDE yang ringan dan pantas

Kategori : Perisian | 1 comment | Tag: , , , ,

800px-Geany_screenshot_on_ubuntu

Geany ialah IDE (Integrated Development Environment) cross-platform yang ringan dan pantas yang dibina berasaskan Scintilla dan GTK+. Ia memiliki fungsi asas yang patut ada pada sebuah IDE. Geany memiliki GUI, jadi anda tidak akan kelihatan terlalu geek apabila menggunakannya berbanding dengan melakukan pemprograman melalui Terminal (jika anda menggunakan Linux).

Antara fungsi dalam Geany:-

  • Syntax Highlighting
  • Auto-Closing untuk tag HTML dan XML
  • Menyokong banyak bahasa pemprograman seperti C, C++ dan PHP[senarai penuh]
  • Boleh build, compile dan execute kod
  • Dan banyak lagi..

Buat masa ini, ini adalah IDE yangg saya gunakan di Linux. Banyak IDE yg telah saya cuba antaranya Anjuta IDE tetapi tiada yang semudah Geany (serius!). Geany ialah perisian percuma dan sumber terbuka. Geany boleh dimuat-turun di laman web rasminya. Jika anda menggunakan Ubuntu, ia sudah tersedia dalam repositories. Geany juga boleh dipasang di Windows dan Mac OS X.

Popularity: 20% [?]


Satu Komen untuk “Geany – IDE yang ringan dan pantas”


  1. Geany – IDE yang ringan dan pantas | FOSS Malaya…

    Geany ialah IDE (Integrated Development Environment) cross-platform yang ringan dan pantas yang dibina berasaskan Scintilla dan GTK+. Ia memiliki fungsi asas yang patut ada pada sebuah IDE. Geany memiliki GUI, jadi anda tidak akan kelihatan terlalu gee…

Komen anda amat berharga, komenlah..

Powered by FOSS | Theme coded by akmalhisyam | Icons by DryIcons | Copyright 2010 - FOSS Malaya

Blogged.my