
FOSS Malaya mula menerbitkan artikel-artikel berkaitan perisian percuma dan sumber terbuka pada 17 May 2009. Di awal kemunculannya, FOSS Malaya menggunakan hos web percuma, Stonerocket dan domain percuma, CO.CC.
Tidak lama kemudian, pemilik FOSS Malaya, Akmal merasakan perlunya beliau membeli domain .com untuk blog kesayangannya. Beliau juga bercadang untuk menggunakan hos web berbayar. Setelah puas membuat survey, beliau memilih untuk membeli domain dan hos web dengan SepakuHosting.
Setelah sekian lama FOSS Malaya bersama SepakuHosting, banyak pengalaman manis dan pahit dilalui bersama. Server down dan kehilangan data dihadapi dengan tangisan dan air mata. Walaupun begitu, FOSS Malaya tetap kekal bersama SepakuHosting kerana harganya yang murah dan pemilik FOSS Malaya seorang yang sengkek.
Tetapi kejadian baru-baru ini membuatkan Beliau tidak tahan lagi. Beliau meluahkan perasaan tidak puas hatinya kepada SepakuHosting di Facebook. Luahan hatinya didengari oleh seorang jejaka bernama Suhz (bukan nama sebenar). Suhz menawarkan ruangan hos web di Malcube khas untuk FOSS Malaya. Akmal menerima tawaran itu tanpa segan silu.
Kini, FOSS Malaya dihoskan di Malcube. Segalanya terasa lebih pantas. Akmal menjadi lebih gembira dari sebelumnya. Mungkin beliau patut menggunakan Malcube dari dulu lagi.
p/s: Anda sedang mencari hos untuk blog/website anda? Hoskannya di Malcube!
Popularity: 26% [?]
Powered by FOSS | Theme coded by akmalhisyam | Icons by DryIcons | Copyright 2010 - FOSS Malaya
firdaus
May 3rd, 2010 pada 4:55 pmtq to suhz…die mmg seorang yang baik hati….hidup open source!!!!
mie
May 3rd, 2010 pada 6:49 pmHellxox.com juga dihos di Malcube.
Good news =)
SepakuHosting sucksss ! XD
Frantz-Senpai
May 3rd, 2010 pada 11:00 pmSay no to Setukul Hosting.. dah banyak perkara buruk aku dgr dari orang laen pasal mereka nie..