Efek Tilt-Shift tiruan dengan GIMP

Kategori : Tutorial | 8 comments | Tag: , ,

Tilt-Shift ialah teknik fotografi yang membuatkan objek dalam gambar kelihatan seperti miniatur. Efek ini memerlukan lensa khas untuk melakukannya. Perisian mengubahsuai gambar seperti GIMP mampu membuat efek Tilt-Shift tiruan tanpa memerlukan belanja yang besar. Di bawah ialah tutorial Tilt-Shift tiruan untuk pembaca FOSS Malaya.

1. Buka gambar yang ingin anda edit dengan GIMP. Dalam tutorial ini, saya menggunakan gambar di bawah.
train

2. Duplicate layer gambar tersebut.

3. Right-click layer yang telah diduplicate dan pilih “Add layer mask” dengan setting dibawah.
add_layer_mask

4. Sekarang mask telah dipilih dan anda sekarang bekerja di atas mask. Pilih “Blend Tool” (L) dan ubah setting seperti di bawah. Kemudian pilih kawasan yang ingin difokuskan.
blend_setting

4a. Setelah anda pilih kawasan yang dikehendaki, layer anda akan jadi seperti di bawah.
layer

5. Setelah berpuas hati dengan pilihan anda, right-click pada layer yang diduplicate tadi dan pilih “mask to selection”
dah_select

6. Kemudian klik semula gambar (sebelah Mask) dan klik Filter>Blur>Gaussian Blur dan ikut setting dibawah (boleh ubah mengikut citarasa).
gaussian_blur

7. Foto anda telah siap! Hasilnya seperti di bawah. Anda boleh bermain dengan curves untuk menjadikannya lebih realistik.
tilt_shift_siap

CONTOH LAIN (Sumber gambar – Sifoo)
tilt-shift_siap2

Popularity: 50% [?]


8 Komen untuk “Efek Tilt-Shift tiruan dengan GIMP”


  1. perghh!! cute lah…macam mini model …

  2. @fazarudin : yup! betul3x..

  3. best ni,aku belum pernah guna software tu lagi :D

  4. cool bro ^@^ !!

  5. @blowie : GIMP ni mcm photoshop gak. cuma free :-)
    @eldy : thnx! :-)

  6. Tak pernah terfikir plak boleh bt macam ni.

  7. shay salah seorang pengguna GIMP ni tapi shay masih tak tahu cara2 nak menggunakan… setakat basic2 tu boleh la…

    kalau boleh perbanyakkan lagi tutorial dalam bahasa melayu ni senang sikit nak faham… shay ada permintaan macam mana nak gunting gambar yerk dah cuba pelbagai cara tapi masih tak menjadi…

  8. menarik jugak software ni..

Komen anda amat berharga, komenlah..

Powered by FOSS | Theme coded by akmalhisyam | Icons by DryIcons | Copyright 2010 - FOSS Malaya

Blogged.my