Menggabung fail .rar dan .001 di Linux

Kategori : Linux | 1 comment | Tag: , ,

Jika anda seorang kaki muat turun, pasti anda sering kali berjumpa dengan fail yang dipecahkan kepada beberapa bahagian untuk memudahkan proses muat naik dan turun. Fail yang dipecahkan ini perlu digabung sebelum boleh digunakan.

Selalunya, fail ini dipecahkan menggunakan RAR dengan extension .rar, .r00, .r01… Kadangkala, ia hanya menggunakan pemecahan binari dengan extension .001, .002, .003… Jika di Windows, ramai orang mencadangkan supaya menggunakan perisian hjsplit untuk menggabung fail-fail ini.

Pemecahan Binari


Di linux, tidak perlu perisian tambahan untuk menggabung fail yang dipecahkan secara binari (.001, .002). Hanya perlu buka Terminal dan taip arahan di bawah (contoh menggunakan fail yg dipecahkan kepada 3 part) :-

cat namafail.avi.001 namafail.avi.002 namafail.avi.003 > namafail.avi

Anda juga boleh menggunakan wildcards (*) :-

cat namafail.avi.* > namafail.avi


Pemecahan RAR


Bagi fail yang dipecahkan menggunakan RAR (.rar, .r00), anda perlu memasang aplikasi ‘unrar’. Selalunya apliaksi ini sudah berada dalam distro linux anda. Untuk menggabung fail yang dipecahkan menggunakan RAR di linux, taip arahan di bawah di Terminal :-

unrar x namafail.rar

Anda hanya perlu mengekstrak fail pertama dalam siri tersebut. Fail seterusnya akan diekstrak secara automatik. Selalunya fail pertama bermula dengan extension .rar dan diikuti dengan .r00 dan seterusnya.

Selamat mencuba!

Anda boleh copy artikel ini, tapi sila tinggalkan kredit. Anda harus belajar menghargai hasil kerja orang lain sebelum orang lain boleh menghargai hasil kerja anda!

Popularity: 7% [?]


Satu Komen untuk “Menggabung fail .rar dan .001 di Linux”


  1. Thanks, trik yang bagus. Tapi aku belum pernah download fail yang dipecahkan/diasingkan begini. Biasa dah di compile dalam satu file. wbgmpun nak cuba juga trick ini.

Komen anda amat berharga, komenlah..

Powered by FOSS | Theme coded by akmalhisyam | Icons by DryIcons | Copyright 2010 - FOSS Malaya

Blogged.my