GIMP (GNU Image Manipulation Program) ialah aplikasi untuk mengubahsuai gambar percuma dan sumber terbuka serta menjadi alternatif kepada Adobe Photoshop. Mungkin ramai yang tidak tahu (mungkin juga ramai yang dah tahu) GIMP juga boleh digunakan untuk membuat animasi GIF. Jadi saya ingin kongsikan langkah-langkah asas untuk membuat animasi GIF menggunakan GIMP.
Tutorial dibawah ditulis berdasarkan GIMP yang dipasang dalam Linux. Mungkin terdapat sedikit perbezaan dengan versi Windows.
Dalam tutorial ini, kita akan buat satu animasi mudah seperti ini <--(sila klik).
1. Buka GIMP

2. Buat dokumen baru dengan dimensi 400×100 px.

3. Mengunakan ‘Text tool’, tulis perkataan ‘Saya’ pada layer tersebut.

4. ‘Right-click’ pada layer text tersebut dan pilih ‘Merge down’ untuk menyatukan layer text itu dengan layer background.

5. Buat layer baru di atas layer tadi dan ulang langkah 3 dan 4 untuk tambah teks seterusnya (suka, FOSS Malaya, yay!!)
6. Setelah siap semua, anda akan mendapat layer seperti dibawah.

7. Kemudian klik Filters>Animation>Playback untuk memainkan animasi yg telah anda buat.
8. Animasi tersebut terlalu laju kan? Ini kerana frameskip default bagi setiap frame (layer) ialah 100ms. Untuk menukar framskip, tulis masa yang diinginkan dalam kurungan pada hujung nama layer seperti dlm gambar di bawah.

9. Cuba playback semula, jika terlalu laju atau perlahan, ubah frameskip mengikut citarasa.
10. Setelah puas hati, klik Filters>Animation>Optimize (for GIF) untuk mengecilkan saiz animasi anda untuk disimpan. Satu window baru (2) akan keluar. Window yang baru itu ialah animasi yang telah dioptimakan. Window yang lama (1) boleh ditutup.

11. Untuk menyimpan, klik File>Save as dan beri nama fail tersebut dengan extension ‘.gif’ dan tekan ‘Save’

12. Window di bawah akan keluar. Pilih ‘Save as animation’ dan klik ‘Export”.

13. Animasi GIF anda sudah siap! Anda akan dapat animasi seperti di bawah :-

Contoh animasi lain yang boleh dibuat :-


Selamat mencuba!
Popularity: 56% [?]
Powered by FOSS | Theme coded by akmalhisyam | Icons by DryIcons | Copyright 2010 - FOSS Malaya
denaihati
June 5th, 2009 pada 12:48 ammemang tak rugi aku link blog ni ke blog aku..banyak ILMU baru yang aku dapat…semuga blog aku juga beri ILMU dari sudut yang berbeza…
Anarm
June 5th, 2009 pada 1:17 amsuperb.. kalo pkai photoshop bleh gak kn wat animate camni?
EiNS
June 5th, 2009 pada 2:42 amSalam singgah tuan rumah…
bagus, penuh informatif blog ini
FOSS Malaya
June 5th, 2009 pada 6:23 am@denaihati : Tenkiu. Blog ko pun bnyk beri ilmu pada aku..

@anarm : boleh jugak rasanya. gne Image Ready kot..
@EiNS : Salam..terima kasih sebab singgah!
Melayu Boleh
June 6th, 2009 pada 7:40 pmMana nak dptkan GIMP ni??
FOSS Malaya
June 6th, 2009 pada 11:00 pm@Melayu Boleh : http://www.gimp.org/
Melayu Boleh
June 9th, 2009 pada 6:00 amOk bro..
thanks..
MK
June 10th, 2009 pada 11:24 pmTutorial yang best! Moga2 lebih banyak tutorial untuk perisian open source ni ye…
fazarudin
June 13th, 2009 pada 9:04 amaku belajar benda baru hari ni… TQ
FOSS Malaya
June 15th, 2009 pada 8:39 am@ MK : Insyaallah.. akan diusahakan..
@ fazarudin : Sama2.. hehe
MASOKIS
June 10th, 2010 pada 1:03 pmmohon.. bykkanlagi.. tut guna gimp