Boxee Media Center kini tersedia untuk Windows

Kategori : Hiburan | 3 comments | Tag: ,

boxee-alpha-for-windows

Setelah hampir sebulan tempoh ujian ‘private Alpha’, pasukan pembangun Boxee kini mengeluarkan versi Alpha perisian pusat media itu untuk dimuat turun oleh orang ramai bagi platform Windows. Ini bermaksud Boxee kini boleh dipasang pada platform Windows, Mac dan Ubuntu Linux. Versi ‘public Alpha’ ini dikatakan lebih stabil daripada versi ‘private Alpha’ sebelum ini.

Boxee ialah perisian pusat media percuma dan sumber terbuka yang dibina berdasarkan perisian XBMC Media Center. Beberapa minggu lepas, Boxee telah menerima banyak fungsi baru dengan pelancaran “App box” di mana pengguna boleh melihat dan memasang plugin yang dibina oleh pembangun pihak ketiga.

Sempena dengan pelancaran ‘public Alpha’ untuk Windows, Boxee turut mengumumkan kerjasama dengan MLB.com untuk membolehkan pengguna menonton perlawanan Major League Baseball secara live melalui Boxee. Selain itu, Boxee juga kini menyokong Digg, Tumblr dan Current.tv.

Kredit : Download Squad =)

Popularity: 22% [?]


3 Komen untuk “Boxee Media Center kini tersedia untuk Windows”


  1. tak paham sgt fungsinya.adakah ni seperti wmp tapi versi online

  2. tak paham boxee nie ape????

  3. @acadterror @azharsalleh7712 : Pernah dgr Windows Media Center? Boxee ni lebih kurang mcm tu r. Cthnye kalau nak buat satu HTPC atau media PC, takkan kita nak browse & play video/lagu/picture guna cara biasa. Guna software mcm ni kita dpt la satu interface baru untuk main video,lagu, tgk gambar, view content online. Baru nampak unik sikit :-) . Lagi satu software ni akan full screen. Nampak mcm kita pkai OS lain yg khas utk main media. =)

Komen anda amat berharga, komenlah..

Powered by FOSS | Theme coded by akmalhisyam | Icons by DryIcons | Copyright 2010 - FOSS Malaya

Blogged.my