
Banshee 1.5.3 telah dikeluarkan dan disertakan dengan pelbagai fungsi baru. Banshee ialah pemain dan pengurus audio/video percuma dan sumber terbuka yang memiliki fungsi dan antaramuka yang kool.
Folder Library Watching. Dengan fungsi ini, Banshee akan sentiasa memerhatikan folder yang anda gunakan sebagai library untuk sebarang perubahan. Jika terdapat perubahan seperti penambahan atau pengurangan fail, library Banshee akan dikemaskini.
Cover art & Cover art editing. Kini anda boleh melihat cover art di bucu bawah kiri Banshee. Banshee 1.5.3 juga memiliki fungsi untuk mengubah cover art dengan cara drag and drop ataupun dengan menggunakan right-click.
Fungsi Type-ahead untuk mencari lagu. Fungsi ini adalah sebagai alternatif kepada filtering. Untuk mengaktifkannya, tekan SHIFT + / dan taip tajuk lagu yang ingin anda cari. Tekan F3 untuk padanan yang seterusnya.
Terdapat beberapa lagi fungsi baru dan bugfixes dalam Banshee 1.5.3 yang boleh anda lihat di laman muat turun Banshee 1.5.3. Banshee boleh dipasang di Linux dan Mac OS X. Arahan pemasangan boleh didapati di SINI.
kredit: OMGUbuntu!
Popularity: 12% [?]
Powered by FOSS | Theme coded by akmalhisyam | Icons by DryIcons | Copyright 2010 - FOSS Malaya
Tiada komen lagi. Mahu jadi yang pertama?
Komen anda amat berharga, komenlah..