
Setelah 5 bulan berusaha keras, pasukan pembangun Amarok akhirnya mengeluarkan versi terbaru pemain media mereka, Amarok 2.1 dengan nama kod “Let There Be Light”. Versi terbaru ini menampilkan pelbagai pembaharuan menjadikannya pemain media pilihan untuk Linux.
Dalam versi ini, playlist boleh diubahsuai untuk memaparkan maklumat yang diingini sahaja. Selain itu, layout bagi ContextView juga telah diperbaharui. Navigasi dan pengurusan applet kini menjadi lebih mudah. Versi ini juga menyokong Amarok URL di mana anda boleh membuat URL ke sesuatu laman menggunakan Amarok, contohnya URL ke suatu muzik yang anda jumpa di Jamendo dan kongsikan URL tersebut dengan rakan anda. Fungsi ini masih baru dan mungkin pelbagai lagi perkara menarik boleh dilakukan dengan Amarok URL ini di masa akan datang. Senarai penuh pembaharuan boleh dilihat di laman Amarok.
Amarok ialah pemain media percuma dan sumber terbuka yang mirip iTunes. Amarok boleh dipasang pada platform Linux, Mac OS X dan Windows. Anda boleh muat turun Amarok sekarang untuk merasai penglaman baru mendengar muzik.
Popularity: 25% [?]
Powered by FOSS | Theme coded by akmalhisyam | Icons by DryIcons | Copyright 2010 - FOSS Malaya
negaraku.net
June 7th, 2009 pada 1:39 pmAmarok 2.1 Dikeluarkan…
Setelah 5 bulan berusaha keras, pasukan pembangun Amarok akhirnya mengeluarkan versi terbaru pemain media mereka, Amarok 2.1 dengan nama kod “Let There Be Light”. Versi terbaru ini menampilkan pelbagai pembaharuan menjadikannya pemain media pilihan unt…
aman
June 7th, 2009 pada 6:10 pmpemain media yang dinanti ramai. huhu.